Petua Hitamkan Rambut Beruban Dengan Daun Kari
Anda mengalami masalah rambut beruban?
Uban tumbuh atas faktor usia, tapi ada juga orang muda yang beruban mungkin kerana akar rambut sakit.
Untuk menghitamkan rambut berubat, cubalah petua menggunakan daun kari ini.
Petua Hitamkan Rambut Beruban Dengan Daun Kari:
1) Campurkan 1 sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari.
2) Masak atas api sederhana sehingga daun kari hangus.
3) Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
4) Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut. Amalkan selalu.
Selamat mencuba.
Petua Melebatkan Rambut
Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.
Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.
Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.
Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.
Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini:
- Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
- Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
- Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertusung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.
Petua Mencegah Rambut Gugur
Rambut gugur adalah masalah biasa yang sering dialami oleh setiap peringkat usia. Berikut adalah antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut gugur.
1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.
2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.
3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.
4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.
5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.
6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.
7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.
Petua Hapuskan Kutu Rambut - Bawang Putih
Kepala gatal kerana KUTU?
Jangan risau, kepala berkutu adalah masalah biasa sejak zaman dahulu kala lagi.
Cubalah petua ini, mudah dan InsyaAllah mujarab.
Ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebihkurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu.
Amalkan selalu sehingga tiada lagi kutu ada di kepala.
Petua Cegah Rambut Beruban - Teh
Rambut hitam legam bagai seorang model iklan shampoo pasti menjadi idaman kebanyakan wanita, lelaki pon sama. Namun ada yang rambut putih muncul sebelum waktunya. Ada beberapa faktor penyebab munculnya rambut putih ini lebih awal, diantaranya adalah stres dan gaya hidup tidak sihat.
Ada cara mudah untuk membantu mencegah rambut putih tumbuh sebelum sampai waktunya. Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, kacau hingga larut. Setelah sejuk pada suhu bilik, tuangkan secara merata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, kemudian bilas dengan air bersih tanpa menggunakan shampoo. Untuk hasil yang maksima, lakukan perawatan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Petua Luruskan Rambut - Tepung gandum & Telur
Sediakan 2 biji telur dan sedikit tepung gandum. Bancuhkan kedua-duanya membentuk paste. Lembabkan rambut dengan air bersih dan lumurkan bancuhan tadi pada keseluruhan rambut. Sikat rambut menjadi lurus dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu.
Petua Mewangikan Rambut – Limau nipis
Hiris 2 biji limau nipis. Basahkan rambut dan gosok hirisan limau pada keseluruhan kepala. Biarkan selama 5 minit sambil diurut supaya khasiat limau meresap masuk ke dalam kulit kepala serta akar rambut. Kemudian bilas keseluruhan rambut dengan air bersih. Amalkan setiap kali mandi.
Petua Hilangkan Kelemumur – Daun Nangka & Daun Durian
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.
~dy suke jaga rambut...^_^~